RENCANA › BERITA





Pengarah Muzik Tersohor D.Imman Menghiburkan Peminatnya Di Malaysia



Oleh Balqis Jamaludin

KUALA LUMPUR (Bernama) -- D.Imman penggubah muzik dan lagu tersohor dari India, yang menghasilkan lebih 300 buah lagu bagi 60 filem Kollywood, kini berada di ibu negara untuk menghiburkan peminat-peminatnya di Malaysia.

Apa yang menarik adalah selepas 15 tahun berkecimpung dalam arena muzik D.Imman, yang nama sebenarnya ialah Immanuel Vasanth Dinakaran, memilih Kuala Lumpur untuk mengadakan konsert julung kali dalam karier muziknya.

Konsert di sini akan menjadi pentas bagi D.Imman untuk meningkatkan keyakinannya dalam mengadakan persembahan serupa di tanahairnya, Tamil Nadu, India di masa depan.....