BERNAMA › SOALAN LAZIM


SOALAN LAZIM



1. Bilakah BERNAMA ditubuhkan?

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia atau ringkasnya BERNAMA, sebuah badan berkanun, ditubuhkan di bawah Akta Parlimen 1967 dan mula beroperasi pada Mei 1968.

2. Peranan BERNAMA?

Peranan BERNAMA sebagai sumber berita yang terkini dan boleh dipercayai amat dikenali di kalangan media tempatan dan asing, agensi-agensi kerajaan, swasta, universiti dan individu di negara ini.

Kebanyakan akhbar dan media elektronik di Malaysia dan agensi-agensi berita asing adalah pelanggan-pelanggan BERNAMA. BERNAMA beroperasi dalam industri maklumat yang bukan sahaja berdaya saing tetapi juga berpotensi besar untuk berkembang.

3. Di mana lokasi BERNAMA?

BERNAMA mempunyai pejabat-pejabatnya di semua negeri di negara ini dan perwakilannya di Singapura, Jakarta Indonesia, USA, Thailand, UAE, Australia, China dan India.

4. Bagaimanakah untuk ke BERNAMA?

Stesen LRT terdekat ialah Stesen Kampung Baru (Putra Line) dan Stesen Titiwangsa (STAR Line). Kedua-dua buah stesen terletak berhampiran dengan BERNAMA. Perkhidmatan bas yang melalui kawasan ini ialah RapidKL B114 (Titiwangsa) dan anda perlu turun sama ada di Hospital Pusrawi atau Institut Jantung Negara (IJN). Untuk ke BERNAMA dari kedua-dua hentian ini hanya mengambil masa 15 minit berjalan kaki

5. Apakah produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh BERNAMA?

Produk Berita dan Maklumat BERNAMA Termasuk:
BERNAMA.COM - www.bernama.com
BLIS - blis.bernama.com
BERNAMA NEWSWIRE - newswire.bernama.com
Media Relations and Event Management (MREM) - mrem.bernama.com
BERNAMA Photo - http://images.bernama.com
BERNAMA TV- www.bernama-tv.com

6. Di mana dan bagaimanakah cara untuk mendapatkan maklumat mengenai Editor BERNAMA?

Maklumat mengenai Editor BERNAMA boleh didapati dengan melayari laman web rasmi BERNAMA iaitu www.bernama.com di ruangan "tentang BERNAMA".