EKONOMI › BERITA






Bankwest Perkenal Cincin Pembayaran "Tap And Go"


Tarikh kemaskini: 13/02/2018

KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- Meninggalkan rumah tanpa telefon, kad, dompet atau wang tunai bukan lagi satu masalah dengan pengenalan cincin pembayaran pertama "tap and go".

Cincin pembayaran yang dipanggil 'Bankwest Halo' dihubungkan ke akaun transaksi Bankwest pelanggan dan berfungsi seperti kad pembayaran tanpa sentuh.

Rowan Munchenberg, Pengarah Urusan di Bankwest, satu bahagian di Commonwealth Bank of Australia berkata, cincin itu dibangunkan sebagai respons kepada keperluan pelanggan yang sentiasa berubah.

"Keperluan pelanggan sering berubah dan dalam dunia digital hari ini, mereka semakin mengharapkan transaksi lancar yang sesuai dengan gaya hidup mereka, sama ada membeli-belah dalam talian atau secara peribadi," katanya dalam satu kenyataan.

Dengan cincin tersebut, pemegang akaun bank tidak perlu membawa wang tunai atau kad bank dan ia juga mempunyai perlindungan keselamatan yang sama dengan mana-mana kad kredit dengan perlindungan penipuan 24 jam.....