EKONOMI › BERITA






Kerajaan Lulus Pinjaman RM107 Juta Kepada 588 PKS Cina


Tarikh kemaskini: 09/02/2018

PUTRAJAYA, 9 Feb (Bernama) -- Kerajaan telah meluluskan pinjaman RM107 juta melalui Koperasi Jayadiri Malaysia Bhd (Kojadi) kepada 588 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Cina di negara ini sejak 2016, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

"Kojadi telah mengagihkan pinjaman sebanyak RM97.14 juta kepada 544 PKS Cina sejak 2016 dan saya fikir sekurang-kurangnya RM50 juta lagi akan dikeluarkan kepada PKS tahun ini.

"Kerajaan berharap pinjaman itu akan membantu PKS yang memerlukan pembiayaan," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Sekretariat Penambahbaikan Lembaga Penasihat Usahawan Malaysia di Menara Usahawan, di sini hari ini.

Pemohon berumur antara 21 dan 60 tahun dan menjalankan perniagaan PKS yang memerlukan dana akan dipertimbang untuk pinjaman antara RM50,000 dan RM250,000 dengan tempoh maksimum pembayaran balik lima tahun.

Sementara itu, Wee berkata, pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai pengecualian duti setem bagi saham syarikat bermodal sederhana dan kecil yang diniaga di Bursa Malaysia berkuat kuasa Mac ini selama tiga tahun, diterima baik.....