EKONOMI › BERITA






Pelan Kepelbagaian Perniagaan Sunzen Akan Diluluskan Semasa EGM


Tarikh kemaskini: 09/02/2018

KUALA LUMPUR, 9 Feb (Bernama)

Sunzen Biotech Bhd mengumumkan cadangan ratifikasi bagi​​​​​​​ kepelbagaian perniagaan untuk menceburi dagangan minyak sawit mentah (MSM) dan produk derivatif akan diluluskan oleh pemegang saham semasa mesyuarat agung luar biasa.

Ketua Pegawai Eksekutif, Hong Choon Hau berkata, pengurusan memutuskan untuk meneruskan pertumbuhan dalam segmen perniagaan ini, yang menyumbang secara ketara kepada kewangan syarikat​​​​​​​memandangkan ia meningkatkan nilai pemegang saham.

"Kami yakin dagangan MSM dan produk derivatif akan terus memberi keputusan kewangan positif untuk syarikat melangkah maju," katanya dalam kenyataan hari ini.

Kepelbagaian perniagaan merupakan strategi secara kebetulan, apabila syarikat mahu​​​ ​​​​mendapatkan bekalan berterusan bagi sebatian organik sawit yang ditapis, diluntur dan dinyah bau, derivatif MSM untuk menghasilkan satu daripada produk makanan haiwan, iaitu lemak serbuk, pada akhir 2016 berikutan kekurangan pasaran.

-- BERNAMA.....