EKONOMI › BERITA






RHB Akan Ambil Alih Baki 51 Peratus Pegangan Dalam VSEC


Tarikh kemaskini: 09/02/2018

KUALA LUMPUR, 9 Feb (Bernama) -- RHB Bank Bhd telah menandatangani perjanjian dengan Chu Thi Phuong Dung, Truong Lan Anh dan Viet Quoc Insurance Broker Joint Stock Company untuk mengambil alih baki 51 peratus kepentingan ekuiti dalam Vietnam Securities Corporation (VSEC) untuk RM21.29 juta.

Pengambilalihan itu merangkumi 6,885,000 saham biasa sedia ada VSEC berharga 10,000 Dong Vietnam (VND) setiap satu untuk pertimbangan pembelian 121.62 bilion VND (RM21.28 juta), yang akan dijelaskan sepenuhnya secara tunai.

"Cadangan pengambilalihan itu tertakluk kepada kelulusan Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Sekuriti Negeri (SSC) Vietnam.

"Dengan menandatangani perjanjian itu, RHB Bank akan mengemukakan permohonan kepada BNM dan SSC Vietnam SSC untuk kelulusan cadangan pengambilalihan dan penukaran status VSEC daripada syarikat saham bersama kepada syarikat liabiliti terhad tunggal," katanya dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Setelah selesai pengambilalihan dan kelulusan yang berkaitan, VSEC akan menjadi anak syarikat milik penuh RHB Investment Bank, yang merupakan anak syarikat milik penuh RHB Bank.....