EKONOMI › BERITA






Prasarana, SMRT Terima LOA Tubuh Syarikat Usaha Sama RTS Link


Tarikh kemaskini: 09/02/2018

KUALA LUMPUR, 9 Feb (Bernama) -- Prasarana Malaysia Bhd dan SMRT Corporation Ltd (SMRT) telah menerima Surat Tawaran (LOA) yang dikeluarkan bersama oleh Jabatan Perdana Menteri Malaysia (JPM) dan Pihak Berkuasa Pengangkutan Darat Singapura (LTA).

LOA itu bagi membolehkan kedua-dua pihak menubuhkan sebuah syarikat usaha sama (JV) bagi pengoperasian projek Rapid Transit System Johor Bahru-Singapura Link (RTS Link).

Dalam satu kenyataan hari ini, Prasarana berkata syarikat JV itu bertanggungjawab merekabentuk, membina, membiayai, mengoperasi, menyelenggara dan memperbaharui RTS Link dari segi aset operasi seperti tren, landasan dan sistem.

"Pertukaran surat itu adalah susulan kepada pemeteraian Perjanjian Dua Hala RTS Link antara Singapura dan Malaysia pada 16 Januari lepas serta pemeteraian Memorandum Persefahaman antara Prasarana dan SMRT pada September 2017," kata kenyataan itu.

Ia menyifatkan LOA itu menekankan komitmen kedua-dua pihak iaitu JPM dan LTA ke arah penyerahan konsesi kepada syarikat JV berkenaan sebagai pengendali RTS Link, dengan syarat ia menepati perkara penting, terma dan syarat projek itu.....