EKONOMI › BERITA






Sandakan Anjurkan Karnival Keusahawanan Dan Kerjaya Yayasan Sabah


Tarikh kemaskini: 09/02/2018

KOTA KINABALU, 9 Feb (Bernama) -- Jelajah Yayasan Sabah Bersama Rakyat, yang akan diadakan di Dewan Serbaguna Libaran, Sandakan, esok akan menampilkan karnival kerjaya dan keusahawanan.

Ia dianjurkan oleh agensi milik kerajaan negeri, Kumpulan Yayasan Sabah dan akan dirasmikan oleh Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman yang juga Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah.

Pengarah Yayasan Sabah, Datuk Sapawi Ahmad berkata jelajah itu akan menyerlahkan peluang pekerjaan dan keusahawanan pada Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC).

SICC menawarkan peluang pekerjaan dan perniagaan dalam pengurusan acara, khidmat pelanggan, grafik, audio visual, keselamatan, pengurusan kewangan, pemasaran, pengurusan bangunan, penyelenggaraan, makanan dan minuman, penerbangan serta industri hospitaliti.

"Melalui SICC, Kumpulan Yayasan Sabah juga akan membuat cetusan bagi mewujudkan konsep 'ladang ke meja' dengan cara yang lebih besar melalui inovasi dan strategi taktikal, sekali gus 'memodenkan' perladangan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.....