EKONOMI › BERITA






Petros Rancng Untuk Aktif Dalam Tempoh Dua Tahun - Johari


Tarikh kemaskini: 14/01/2018


Abang Johari Tun Openg
MIRI, 14 Jan (Bernama) -- Petros, syarikat minyak dan gas dilmiliki sepenuhnya oleh kerajaan negeri Sarawak menyasarkan akan mula aktif dalam industri minyak dan gas dalam tempoh dua tahun.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, Petros akan cuba mengekploitasi segala peluang dalam industri minyak dan gas setelah beroperasi kelak.

"Tunggu dua tahun lagi untuk Petros terlibat secara aktif dalam industri minyak dan gas," katanya ketika merasmikan mesyuarat perwakilan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Miri Zon 10 di sini, hari ini.

Untuk rekod, Petros ditubuhkan secara rasmi pada Ogos 2017 untuk membolehkan penyertaan terus kerajaan negeri dalam industri minyak dan gas di Sarawak.

Pada November 2017, Pengerusi Petros Tan Sri Hamid Bugo dipetiksebagai berkata, Petros dijangka beroperasi pada suku pertama 2018 dan kini sedang mencari calon sesuai mengisi kekosongan jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO).....