EKONOMI › BERITA






Usahawan Perlu Terima Dan Sesuaikan Dengan Era Digital


Tarikh kemaskini: 08/12/2017

KUALA LUMPUR, 7 Dis (Bernama) -- Usahawan tidak sepatutnya berpuas hati dengan apa yang telah dicapai oleh negara ini dalam usahanya untuk memacu agenda e-dagang nasional tetapi perlu menerima dan menyesuaikan perubahan dalam era digital.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Kedua Datuk Seri Ong Ka Chuan berkata usahawan perlu mencari bidang pertumbuhan untuk mempercepatkan ekonomi, dan pada masa yang sama, menggalakkan pembangunan sosial melalui penciptaan pekerjaan dan kekayaan.

"Dari segi ekonomi, usahawan digital dapat membawa perubahan positif kepada cara kita menjalankan perniagaan, sementara pembangunan ekosistem menyeluruh dan pembangunan rantaian nilai yang diwujudkan oleh kerajaan akan membawa negara ke peringkat seterusnya," katanya semasa berucap pada majlis anugerah Usahawan Ernst & Young Malaysia 2017 di sini, malam ini.

Mengenai Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ), Ong berkata ia akan menyediakan zon fizikal dan maya bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk memanfaatkan pertumbuhan ekonomi digital dan memudahkan inisiatif e-dagang merentas sempadan.

Penyertaan lebih 1,500 PKS dalam fasa pertama DFTZ, katanya, hanya mewakili 15 peratus daripada jumlah syarikat yang disasar, di mana 10,000 PKS dijangka menyertai zon perdagangan itu.....