EKONOMI › BERITA






Damansara Realty Lantik COO Baharu


Tarikh kemaskini: 04/12/2017

KUALA LUMPUR, 4 Dis (Bernama) -- Damansara Realty Bhd (DBhd) melantik Ir Yahaya Hassan sebagai Ketua Pegawai Operasi Kumpulan, berkuat kuasa 1 Dis, 2017.

DBhd dalam satu kenyataan hari ini berkata Yahaya akan bekerjasama dengan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Brian Iskandar Zulkarim untuk melaksanakan keutamaan strategik utama kumpulan.

Yahaya yang merupakan graduan kejuruteraan sivil daripada University of Nottingham, sejak 2003, menguruskan projek bernilai jutaan ringgit dalam sektor penjagaan kesihatan dan hartanah sepanjang tempohnya berkhidmat sebagai Pengarah Urusan Healthcare Technical Services (M) Sdn Bhd, satu daripada unit DBhd.

Brian Iskandar berkata kumpulan itu ketika ini menumpukan untuk mengukuhkan penawarannya kepada pelanggan dengan memanfaatkan sinergi dalam anak-anak syarikat DBhd dalam segmen pembangunan hartanah, perundingan pengurusan projek dan pengurusan kemudahan bersepadu.

"Saya yakin Yahaya akan membantu memacu strategi ini untuk membina rekod prestasi keuntungan mapan dan menambah baik nilai pemegang saham," katanya.....