EKONOMI › BERITA






Tropical Biessence Sasar Pertumbuhan Jualan Sebanyak RM2.5 Juta


Tarikh kemaskini: 11/11/2017

MELAKA, 11 Nov (Bernama) -- Syarikat pengeluar produk berasaskan minyak pati, ekstrak herba dan tumbuhan semula jadi, Tropical Bioessence Sdn. Bhd, menyasarkan jualan sebanyak RM2.5 juta tahun depan, bersandarkan kejayaannya meningkatkan jumlah eksport.

Pengasas dan Pengarah Urusannya Mohd Khairil Said berkata syarikat itu yakin sasaran berkenaan dapat dicapai berikutan nilai jualan dari Januari hingga Oktober lepas sudah mencecah RM1.45 juta.

"Jenama Sutra kini sudah berada di pasaran antarabangsa, dan kita mempunyai empat premis di Singapura, manakala empat lagi di Brunei. Hujung tahun ini juga kita bercadang mengembangkan lagi pemasaran produk ke Kemboja.

"Bagi perancangan untuk tahun hadapan, kami mahu memasuki pasaran Indonesia, Filipina, Vietnam dan Laos. Kami yakin produk jenama Sutra ini boleh diperluaskan ke pasaran global selepas ini," katanya.

Mohd Khairil berkata demikian selepas sesi pelaporan kepada SME Corp. dan Bioeconomy Corporation, di kilangnya di Kawasan Perindustrian MIEL di Masjid Tanah di sini pada Jumaat.....