EKONOMI › BERITA






Keuntungan Sebelum Cukai Petronas Dagangan Melonjak Kepada RM438 Juta


Tarikh kemaskini: 10/11/2017

KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) -- Keuntungan sebelum cukai Petronas Dagangan Bhd bagi suku ketiga berakhir 30 Sept 2017 melonjak kepada RM438.3 juta berbanding hanya RM325.59 juta yang dicatatkan dalam tempoh yang sama, tahun sebelum ini.

Pendapatan naik kepada RM6.69 bilion daripada RM5.48 bilion, selepas dipacu oleh kenaikan sebanyak tiga peratus dalam kuantiti jualan dan pertambahan 18 peratus pada harga purata jualan, seiring dengan harga purata yang lebih tinggi Mean of Platts Singapore, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Mohd Ibrahimnuddin Mohd Yunus berkata, keputusan itu diraih selepas syarikat mempergiatkan kempen jualan, pemasaran konvensional dan digital.

"Usaha-usaha ini terbukti telah menghasilkan keputusan yang positif kepada kami khususnya dari segi jumlah jualan dan keuntungan kasar," katanya.

Perniagaan runcit merekodkan kenaikan keuntungan kasar sebanyak 35 peratus berikutan aliran menaik dalam harga produk, manakala perniagaan komersial mencatatkan lonjakan keuntungan kasar sebanyak 17 peratus, disumbangkan oleh peningkatan jumlah dalam bahan api pesawat dan diesel.....