EKONOMI › BERITA






Sistem Pengangkutan Pintar Jadikan Perjalanan Lebih Cekap, Selamat


Tarikh kemaskini: 10/11/2017

KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) -- Pelaksanaan Sistem Pengangkutan Pintar (ITS) di negara ini akan menjadikan perjalanan lebih cekap, lancar dan selamat dari satu tempat ke tempat yang lain, kata Presiden Persatuan Perniagaan Hijau Malaysia, Tan Sri Mustafa Mansur.

Beliau berkata pengangkutan berkaitan masalah kesesakan jalan raya perlu dilihat daripada perspektif lebih luas.

Menerusi ITS, pengangkutan akan menjadi lebih penting bagi membolehkan kecekapan pergerakan penduduk dengan objektif utama untuk mengurangkan kesesakan trafik, pencemaran kenderaan dan mengawal jumlah kemalangan jalan raya.

"Sekiranya kita menerima pakai dan melaksanakan sistem pintar (dalam sistem pengangkutan negara ini), saya yakin kita akan menikmati perjalanan yang lebih cekap, lancar dan selamat dari satu kawasan ke tempat lain," katanya semasa forum mengenai Pembangunan dan Penggunaan ITS di sini, hari ini.

Beliau berkata, elemen pintar itu termasuk sistem pemantauan dan panduan lebuh raya yang memaklumkan kemalangan trafik di laluan utama kepada pengguna.....