EKONOMI › BERITA






Untung Sebelum Cukai Suku Ketiga Petronas Gas Jatuh Kepada RM532.64 Juta


Tarikh kemaskini: 10/11/2017

KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) -- Petronas Gas Bhd mencatat keuntungan sebelum cukai sebanyak RM532.64 juta pada suku ketiga, turun 2.5 peratus berbanding RM546.29 juta dalam tempoh sama tahun lepas, disebabkan antara lain kos jualan utiliti yang lebih tinggi berikutan semakan meningkat harga gas bahan api.

Pendapatan untuk suku berakhir 30 September 2017 naik sedikit kepada RM1.16 bilion berbanding RM1.15 bilion sebelum ini, kata syarikat itu dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia.

Kilang pemprosesan gas terus mencatat prestasi lebih 99 peratus kebolehpercayaan kilang dan prestasi pengekstrakan kilang cecair pemprosesan gas kekal melebihi sasaran.

"Segmen pengangkutan gas mengekalkan kebolehpercayaan rangkaian saluran paip hampir 100 peratus, membolehkan segmen itu mencatat hasil stabil untuk suku tersebut pada RM330.1 juta.

"Segmen tersebut menyumbang RM256.7 juta kepada kumpulan, turun sebanyak RM1.8 juta atau 0.7 peratus, terutama disebabkan kos pembaikan dan penyelenggaraan yang lebih tinggi," kata syarikat itu.....