EKONOMI › BERITA






THP Nafi Dakwaan Terlibat Dalam Pengubahan Wang Haram


Tarikh kemaskini: 10/11/2017

KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) -- TH Properties Sdn Bhd (THP), anak syarikat pembangunan milik penuh Lembaga Tabung Haji (TH), hari ini menafikan tuduhan penglibatannya dalam aktiviti pengubahan wang haram.

Tuduhan yang tidak berasas ini telah dibuat oleh seorang blogger yang mengandaikan TH mempunyai peranan dalam aktiviti pengubahan wang haram yang dimiliki oleh Putera Al-Waleed bin Talal, kata THP dalam satu kenyataan.

Tuduhan itu dibuat berdasarkan kepada satu laporan berita pada bulan Mac 2017 yang menyebut Crestmount Capital, sebuah dana dari Timur Tengah yang dijalankan oleh Putera Khaled, anak lelaki kepada putera Al-Waleed bin Talal, telah membuat pelaburan sebanyak US$100 juta ke dalam Piety Investments, sebuah syarikat pemaju hartanah di Sydney.

"Dakwaan TH serta anak syarikatnya terlibat dalam pengubahan wang haram adalah palsu dan tidak berasas.

"TH dan anak syarikatnya berpegang kepada hak untuk mengambil tindakan selanjutnya dalam hal ini,\" katanya.....