EKONOMI › BERITA






Salcra, Rakan Kongsi Sektor Swasta Meterai MoU


Tarikh kemaskini: 10/11/2017

KUCHING, 10 Nov (Bernama) -- Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Sarawak (Salcra) menandatangani dua Memorandum Persefahaman (MoU) dengan rakan kongsi sektor swasta untuk menyediakan rangka kerja kerjasama, dan jika berhasil, adalah untuk pembangunan dan pengkomersialan dua projek.

MoU pertama, berkaitan pembekalan dan pengujian spesis buluh terpilih sebagai bahan mentah untuk pengeluaran produk mangan aloi, dimeterai dengan Pertama Ferroalloys Sdn Bhd, syarikat yang menjalankan pengeluaran mangan.

Memorandum kedua, mengenai projek pengurusan sisa kilang sawit bersepadu, ditangatangani dengan Bau Palm Oil Mill Sdn Bhd (BAPOM) dan Nextgreen (Sarawak) Sdn Bhd.

Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, yang juga Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah, menyaksikan penandatanganan MoU itu.

Uggah, yang juga Pengerusi Salcra berkata mengikut MoU itu, pihaknya akan membekalkan buluh kepada Pertama untuk tujuan pengujian daya maju dan kesesuaiannya sebagai bahan mentah bagi proses pengeluaran mangan.....