EKONOMI › BERITA






Domino Akan Belanja RM15 Juta Buka 30 Cawangan


Tarikh kemaskini: 10/11/2017


KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) -- Domino Pizza Malaysia merancang untuk membuka 30 cawangan baharu pada tahun depan dengan kos RM15 juta sebagai sebahagian daripada program pengembangan syarikat, kata Pengurus Besar Kanan Operasi Domino Pizza Malaysia dan Singapura Shamsul Amree.

Syarikat itu telah membuka 27 cawangan di Malaysia dan empat di Singapura dalam tahun ini.

"Sekarang,kami ada 210 cawangan di Malaysia dan kami akan meneroka pasaran Sabah dan Sarawak pada tahun depan, terutamanya di Kota Kinabalu dan Kuching," katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran produk terbaharu Domino Pizza, 'Cheese Tarik Crust' di sini hari ini.

Rancangan pengembangan syarikat untuk 2018 akan ditumpukan kepada bandar-bandar kecil di Malaysia dan pada masa yang sama, membangunkan perniagaan dalam taliannya.

Katanya, separuh daripada jualan pizza syarikat itu diperolehi melalui cawangan fizikal dan selebihnya diterima dari dalam talian.....