EKONOMI › BERITA






Matrade Promosi Keupayaan Firma Minyak Dan Gas Pada ADIPEC


Tarikh kemaskini: 10/11/2017

KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) akan mempromosikan keupayaan syarikat minyak dan gas Malaysia (O&G) di negara-negara Majlis Kerjasama Teluk (GCC) dan kawasan sekitarnya pada Persidangan dan Pameran Petroleum Antarabangsa Abu Dhabi (ADIPEC).

Dalam satu kenyataan di sini hari ini, Matrade berkata 10 syarikat akan mempamerkan perkhidmatan dan produk inovatif dan berkualiti tinggi mereka kepada lebih 100,000 profesional perdagangan dari 135 negara pada acara tersebut yang dijadualkan berlangsung pada 12 hingga 16 Nov, 2017.

"Delegasi Malaysia pada ADIPEC tahun ini mewakili pelbagai sektor O&G dan kebanyakannya menawarkan keupayaan bertaraf dunia seperti perkhidmatan radiologi, perkhidmatan makmal, pembuatan peralatan proses minyak dan gas," katanya.

Menurut Matrade, tahun lepas, syarikat-syarikat Malaysia di ADIPEC telah menunjukkan kejayaan, meraih jumlah jualan bernilai RM397.32 juta.

"Selain acara berkenaan, syarikat-syarikat itu juga akan bertemu dengan pembeli berpotensi melalui pertemuan perniagaan yang diatur oleh Matrade,: katanya.....