EKONOMI › BERITA






PNB Serah Zakat Perniagaan RM5.9 Juta Kepada Sultan Perak


Tarikh kemaskini: 09/11/2017

KUALA LUMPUR, 9 Nov (Bernama) -- Permodalan Nasional Bhd (PNB) membayar zakat perniagaannya berjumlah RM5.866 juta kepada kerajaan Perak.

Dalam kenyataan hari ini, PNB berkata cek bagi jumlah tersebut diserahkan kepada Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah di Istana Perak di sini oleh Pengerusi PNB Tan Sri Abdul Wahid Omar.

Turut hadir Timbalan Presiden dan Ketua Pegawai Operasi PNB Datuk Idris Kechot dan Ketua Pengurusan Syariah Dr Ahmad Basri Ibrahim.

PNB berkata zakat tersebut, bagaimanapun, tidak meliputi agihan pendapatan kepada pemegang akaun yang melabur dalam dana unit amanah yang diuruskan oleh Amanah Saham Nasional Bhd.

Pemegang akaun dinasihatkan untuk mematuhi kewajipan zakat mereka, katanya.....