EKONOMI › BERITA






Banjir Akibatkan 1,000 Syarikat Rugi RM300 Juta


Tarikh kemaskini: 09/11/2017


Oleh Kenny Teng Khoon Hock

GEORGE TOWN, 9 Nov (Bernama) -- Industri di Pulau Pinang menanggung kerugian sehingga RM300 juta selepas kilang mereka tenggelam akibat banjir pada hujung minggu lepas.

Beberapa syarikat mengisytiharkan 'kerugian besar' serta terpaksa memulakan operasi baharu dan banyak syarikat lain memerlukan bantuan kewangan untuk meneruskan operasi mereka.

Persekutuan Pengilang-pengilang Malaysia Pulau Pinang yang mewakili lebih 350 syarikat dan pengeluar, berkata kerugian itu merangkumi jumlah tenaga kerja yang terjejas, kelewatan logistik dan kerosakan harta benda.

Pengerusi Datuk Dr. Ooi Eng Hock menganggarkan kerugian adalah di antara RM200 juta dan RM300 juta, melibatkan kira-kira 1,000 syarikat yang majoritinya terdiri daripada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam sektor perkilangan dan perkhidmatan.

Beliau memberitahu Bernama bahawa majoriti mereka terpaksa menghentikan operasi selama beberapa hari untuk membersihkan premis.....