EKONOMI › BERITA






Volkswagen, Nissan Tawar Program Bantuan Banjir Kepada Pelanggan Terjejas


Tarikh kemaskini: 09/11/2017

KUALA LUMPUR, 9 Nov (Bernama) -- Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) dan Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) hari ini mengumumkan pelancaran program bantuan banjir masing-masing untuk pemilik Volkswagen dan Nissan yang kenderaan mereka terjejas banjir di negeri-negeri di utara Semenanjung baru-baru ini.

Dalam satu kenyataan hari ini, VPCM berkata, syarikat itu menawarkan diskaun 30 peratus ke atas invosi untuk pembaikan, termasuk komponen dan kos buruh.

"Kami berharap sumbangan kami akan memberi sedikit kelegaan kepada pelanggan dan mengurangkan beban mereka," kata Pengarah Urusan VPCM, Erik Winter dengan menambah, program itu akan dijalankan sehingga 28 Februari 2018.

Beliau menggesa pelanggan yang terjejas untuk menghantar kenderaan mereka ke pusat servis Volkswagen terdekat untuk penilaian dan pembaikan.

Dalam satu kenyataan berasingan, ETCM dan Tan Chong Ekspres Auto Servis Centre (TCEAS) mengumumkan "Program Bantuan Banjir Nissan" untuk pemilik kenderaan Nissan.....