EKONOMI › BERITA






Dua Bab Rcep Berjaya Dimuktamadkan - Ong


Tarikh kemaskini: 09/11/2017

KUALA LUMPUR, 9 Nov (Bernama) -- Rundingan mengenai Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) setakat ini berjaya memuktamadkan dua bab daripada 21 bab keseluruhanya, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Kedua Datuk Seri Ong Ka Chuan.

Beliau berkata, bab yang berjaya dimuktamadkan itu merangkumi ekonomi dan kerjasama teknikal serta perusahaan kecil dan sederhana.

"Bab-bab lain sedang dirundingkan dengan lebih intensif bagi memastikan ia dapat dimuktamadkan secepat mungkin," katanya semasa menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2018 bagi kementeriannya di Dewan Rakyat hari ini.

Katanya, sehingga Oktober 2017, sebanyak 20 pusingan rundingan RCEP telah dijalankan dan keterbukaan serta fleksibiliti yang ditunjukkan China, India, Jepun dan Korea Selatan sedikit sebanyak membantu memajukan proses rundingan.

Bagaimanapun, Ong berkata, pendirian dan standard tinggi yang ditunjukkan Australia dan New Zealand serta fleksibiliti rendah oleh sebilangan negara ASEAN menyukarkan proses mencapai kata sepakat.....