EKONOMI › BERITA






IPO Kejuruteraan Asastera Terlebih Langgan 57.33 Kali


Tarikh kemaskini: 09/11/2017

KUALA LUMPUR, 9 Nov (Bernama) -- Bahagian tawaran awam permulaan (IPO) Kejuruteraan Asastera Bhd telah menerima kadar lebihan langganan sebanyak 57.33 kali.

Syarikat itu dalam satu kenyataan hari ini, berkata sejumlah 9,998 permohonan untuk 933.28 juta saham baharu yang bernilai RM233.32 juta telah diterima bagi 16 juta saham yang disediakan untuk langganan umum.

"Sejumlah lapan juta saham diterbitkan untuk permohonan oleh individu yang layak telah habis dilanggan," kata Kejuruteraan Asastera.

Di samping itu, agen penempatan mengesahkan bahawa 56 juta saham diterbitkan melalui penempatan persendirian kepada pelabur-pelabur institusi serta terpilih dan 32 juta saham-saham sedia ada melalui penempatan persendirian kepada pelabur-pelabur institusi dan terpilih, masing-masing habis sepenuhnya.

-- BERNAMA



.....