EKONOMI › BERITA






Kerja-kerja Terowong Battersea Power Station Di London Siap


Tarikh kemaskini: 09/11/2017

KUALA LUMPUR, 9 Nov (Bernama) -- Dua terowong sepanjang 3.2 kilometer dari Battersea Power Station, melalui Nine Elms, telah dibina berikutan mesin pengorek terowong (TBM) yang besar telah melepasi Kennington, sambungan utama yang pertama ke laluan Tube London sejak laluan Jubilee pada akhir 1990-an.

Sejak pelancarannya pada musim bunga, dua mesin terowong beroperasi sepanjang masa untuk mewujudkan terowong utara dan selatan yang akan melanjutkan cawangan Charing Cross Northern Line, menurut Sime Darby Property Bhd, pemaju projek Battersea Power Station, dalam kenyataan hari ini.

Sambungan laluan tersebut disasarkan siap pada 2020.

Battersea Power Station merupakan antara pusat bandar baharu terbesar di Central London yang amat dinanti-nantikan dan kira-kira separuh daripada pembangunan itu terdiri daripada kedai, restoran dan ruang pejabat.

"Kejayaan hari ini merupakan detik penting bagi projek yang akan memberi manfaat yang besar kepada selatan London. Sambungan Northern Line bukan sahaja menjadikan perjalanan ke Battersea dan Nine Elms lebih mudah, ia turut menyediakan puluhan ribu pekerjaan baharu dan kediaman ke kawasan ini.....