EKONOMI › BERITA






Untung Pra Cukai Suku Ketiga Petronas Chemicals Susut Kepada RM1.116 Bilion


Tarikh kemaskini: 09/11/2017

KUALA LUMPUR, 9 Nov (Bernama) -- Keuntungan sebelum cukai Petronas Chemicals Group Bhd susut kepada RM1.116 bilion bagi suku ketiga yang berakhir pada 30 Sept, 2017 daripada RM1.258 bilion bagi tempoh yang sama tahun lepas.

Perolehan kumpulan meningkat kepada RM449 juta atau 13 peratus kepada RM4 bilion, dipacu terutamanya oleh harga yang tinggi dan pengukuhan dolar AS, serta jumlah jualan yang bertambah, menurut Petronas Chemicals dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia.

Purata harga produk keseluruhan meningkat seiring dengan harga minyak mentah yang naik.

Bagi tempoh sembilan bulan yang berakhir pada 39 Sept, 2017, keuntungan sebelum cukai meningkat kepada RM3.914 bilion daripada RM2.937 bilion pada tempoh yang sama tahun lepas.

Syarikat membayar dividen interim satu peringkat yang kedua sebanyak 12 sen sesaham biasa berjumlah RM960 juta bagi tahun kewangan yang berakhir pada 31 Dis, 2016, kepada pemegang saham pada 7 Mac, 2017.....