EKONOMI › BERITA






Minyak Dan Gas Penting Dalam Usaha Capai Negara Berpendapatan Tinggi


Tarikh kemaskini: 09/11/2017

Oleh Mohd Khairi Idham Amran

KUALA LUMPUR, 9 Nov (Bernama) -- Industri minyak dan gas kekal menjadi antara penyumbang penting kepada ekonomi dan perolehan Malaysia dalam usaha untuk menjadi negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Walaupun menghadapi pelbagai cabaran dan sumbangan yang berkurangan kepada perolehan kerajaan, ia masih menjadi industri yang penting, berdasarkan saiz tenaga kerja dan kesan penggandanya kepada ekonomi.

Dalam jangka masa sederhana, industri minyak dan gas kekal menjadi penyumbang yang penting kepada ekonomi dan perolehan berikutan ekonomi semakin berkembang kepada sektor lain, iaitu industri perkhidmatan.

Dengan harga minyak mentah pada purata US$50 setong pada tahun ini, ia menyokong pendapatan dan peruntukan kerajaan untuk meningkatkan ekonomi ke arah mencapai matlamat untuk menjadi negara berpendapatan tinggi di bawah Program Transformasi Negara.

Harga minyak mentah berkaitan dengan pertumbuhan ekonomi global.....