EKONOMI › BERITA






EcoWorld, Willmott Dixon Bangunkan Secara Bersama 12 Tapak Di UK


Tarikh kemaskini: 08/11/2017

KUALA LUMPUR, 8 Nov (Bernama) -- EcoWorld International Bhd (EcoWorld International) memeterai Perjanjian Dasar Induk (HoA) dengan kumpulan ?fit-out' dalaman yang berpangkalan di United Kingdom, Willmott Dixon, untuk membangunkan secara bersama 12 tapak di Greater London dan Tenggara England.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, EcoWorld International berkata HoA membolehkan syarikat meraih bahagian pasaran tempatan yang besar susulan lokasi projek tersebut, keadaan dan harga yang berpatutan pembangunan yang dicadangkan itu.

"Matlamat jangka panjang kami bagi EcoWorld International adalah menjadi pemaju bertaraf global dengan bertapak kukuh dan mempunyai pelanggan yang ramai di UK sama dengan apa yang jenama EcoWorld peroleh di Malaysia hari ini," kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Teow Leong Seng.

Selain mengambil alih kepentingan sebanyak 70 peratus di tapak projek tersebut, katanya syarikat itu akan turut memperoleh kepentingan sebanyak 70 peratus dalam cabang pengurusan pembangunan Wilmott Dixon, dengan pasukan pelbagai disiplin yang terdiri daripada kakitangan yang berpengalaman.

EcoWorld International berkata cadangan pengambilalihan itu dijangka dimuktamadkan pada Disember 2017, tertakluk kepada persetujuan mengenai terma akhir.....