EKONOMI › BERITA






F&NHB Sasar Tingkat Keuntungan Pada Tahun Kewangan 2018


Tarikh kemaskini: 08/11/2017

KUALA LUMPUR, 8 Nov (Bernama) -- Fraser & Neave Holdings Bhd (F&NHB) menyasarkan untukmeningkatkan keuntungannya pada tahun kewangan berakhir 30 Sept, 2018 kepada prestasi tahun kewangan 2016 selepas merekodkan untung lebih rendah pada tahun kewangan 2017.

Keuntungan sebelum cukai syarikat itu susut kepada RM353.7 juta pada tahun kewangan 2017 daripada RM442.9 juta pada tahun kewangan 2016.

Ketua Pegawai Eksekutif, Lim Yew Hoe berkata selepas menyelesaikan program transformasi, syarikat itu mahu memaksimumkan peluang pertumbuhan, berdasarkan pelbagai strategi yang ditetapkan bagi tiga tonggak pertumbuhan, termasuk makanan dan minuman (F&B) Malaysia, F&B Thailand dan eksport F&B.

"Syarikat dapat menjimatkan kira-kira RM40 juta setahun menerusi langkah transformasi yang selesai dilaksanakan dalam operasi Malaysia baru-baru ini.

"Kami turut menjangkakan syarikat dapat menghasilkan sinergi dan nilai daripada kecekapan organisasi dan penjimatan kos operasi yang lebih baik," katanya semasa taklimat media dan penganalisis di sini, hari ini.....