EKONOMI › BERITA






MAHB, Tourism Malaysia Bekerjasama Tarik Pelancong


Tarikh kemaskini: 08/11/2017

KUALA LUMPUR, 8 Nov (Bernama) -- Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dan Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia) akan bekerjasama mempromosi, membangunkan dan meningkatkan kemasukan pelancong ke negara ini di bawah memorandum persefahaman (MoU) yang dimeterai di London baru-baru ini.

MAHB dan Tourism Malaysia berkata MoU itu juga menyasar mempromosikan pelancongan global dari India, China dan Eropah.

Mereka berkata India dan China merupakan pasaran sasaran utama berikutan akses mudah, potensi pertumbuhan penumpang dan penduduk yang ramai.

Pengarah Urusan MAHB Datuk Badlisham Ghazali berkata inisiatif pemasaran bersama itu memerlukan pembentukan dana untuk menyokong kempen pemasaran oleh syarikat penerbangan dan penggiat industri pelancongan.

"Dana itu akan digunakan bagi aktiviti pemasaran dan promosi di kedua-dua platform media tradisional dan baharu sepanjang 2018, terutamanya bagi mempromosikan destinasi di Malaysia.....