EKONOMI › BERITA






Ketua Perniagaan APEC Yakin Pertumbuhan Hasil


Tarikh kemaskini: 08/11/2017

KUALA LUMPUR, 8 Nov (Bernama) -- Keyakinan terhadap pertumbuhan hasil berada di paras tertingginya dalam tempoh tiga tahun dalam kalangan ketua-ketua perniagaan 12 ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC), kata PricewaterhouseCoopers (PwC).

PwC, dalam kaji selidiknya terhadap lebih 1,400 ketua perniagaan di 21 ekonomi APEC berkata 37 peratus daripada ketua pegawai eksekutif (CEO) APEC yakin dengan pertumbuhan hasil sepanjang tempoh 12 bulan akan datang.

PwC dalam satu kenyataan hari ini berkata, ia merupakan peningkatan daripada 28 peratus pada 2016 meskipun ketidakpastian dasar perdagangan dan ketegangan politik berkaitan di banyak ekonomi yang membentuk APEC.

Kaji selidik itu dijalankan menjelang Sidang Kemuncak Tahunan CEO APEC di Vietnam.

Menurut PwC, 50 peratus daripada perniagaan yang dibuat kajian akan meningkatkan pelaburan global mereka tahun depan, naik daripada 43 peratus tahun lepas, ketika perniagaan APEC meningkatkan kedudukan dan pengaruhnya di persada ekonomi global.....