EKONOMI › BERITA






India Undang Pemimpin ASEAN Ke Hari Republik


Tarikh kemaskini: 08/11/2017

Oleh Shakir Husain

NEW DELHI, 8 Nov (Bernama) -- India telah mengundang para pemimpin (ASEAN) untuk menghadiri sambutan Hari Republik yang akan diadakan pada Januari depan sebagai menandakan pencapaian negara itu dalam hubungan diplomasinya dengan negara-negara di Asia Tenggara.

Seramai 10 ketua negara Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, dijangka menyertai upacara Hari Republik di New Delhi.

"Tahun ini kita akan menyambut ulang tahun ke-25, Perkongsian Dialog ASEAN-India. Semua pemimpin-pemimpin ASEAN akan dijemput untuk menghadiri sidang kemuncak khas India-ASEAN dan upacara Hari Republik," kata Duta Vietnam ke India Tan Sinh Thanh dalam satu majlis di sini semalam.

Vietnam, yang bertindak sebagai penyelaras bagi perkongsian dialog tersebut, akan diwakili oleh Perdana Menteri Nguyen Xuan Phuc.

Sidang Kemuncak ASEAN-India akan diadakan pada 25 Jan 2018, bagi membincangkan usaha pengukuhan hubungan politik, ekonomi dan keselamatan, kata seorang diplomat Asia.....