EKONOMI › BERITA






D'sara Sentral Capai 4 Juta Jam Kerja Selamat Tanpa Kecederaan


Tarikh kemaskini: 08/11/2017

KUALA LUMPUR, 8 Nov (Bernama) -- Pembangunan bercampur D'sara Sentral oleh Mah Sing Group Bhd yang bernilai RM937 juta mencatatkan lebih empat juta jumlah jam kerja yang dijalankan tanpa sebarang jumlah jam kerja hilang akibat kecederaan (LTI).

Pengarah Urusannya Tan Sri Leong Hoy Kum berkata D'sara Sentral terdiri daripada lima menara dan merupakan pembangunan berorientasikan transit dengan laluan berbumbung ke Stesen MRT Kampung Selamat di bawah Laluan 1 MRT Sungai Buloh-Kajang (SBK).

"Majlis penyempurnaan hari ini bukan sahaja menandakan kejayaan pencapaian keselamatan D'sara Sentral' tetapi juga kecekapan Mah Sing dalam menyiapkan pembangunan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pembangunan Kedai Runcit D'sara Sentral, Menara SoVo dan Menara Kediaman SA1 dan SA2 ketika ini 99 peratus telah siap dan disasarkan siap sepenuhnya pada suku kedua 2018.

"Beberapa komponen D'sara Sentral dijangka siap lebih awal pada 2018, dengan menara kediaman SA2 15 bulan lebih awal daripada yang dijadualkan, SA1 lapan bulan lebih awal, menara SoVo hampir sebulan lebih awal, manakala kedai runcit dijangka siap seperti yang dijadualkan," katanya.....