EKONOMI › BERITA






oBike Sedia Tawar Perkhidmatan Untuk Acara Khas


Tarikh kemaskini: 08/11/2017

KUALA LUMPUR, 8 Nov (Bernama) -- Selepas menyediakan perkhidmatan basikal sewa bagi Sukan SEA ke-29 Kuala Lumpur 2017, syarikat perkongsian basikal Singapura, oBike, melebarkan lagi sayapnya dengan menawarkan perkhidmatan untuk acara khas yang diadakan di Malaysia, seperti pameran dan konsert.

Pengasas dan Ketua Pegawai Pemasaran oBike, Edward Chen berkata langkah itu merupakan sebahagian daripada rancangan pengembangannya setelah mempunyai 10,000 basikal di negara ini serta kempen "hijau" untuk membantu memudahkan perjalanan dari satu tempat ke tempat lain di sekitar bandar raya.

"Kami sangat teruja dapat mengadakan kerjasama dengan Idea Music Entertainment Group (IME), penganjur konsert utama Asia, bagi menyediakan kaedah mudah bagi pengunjung konsert untuk pergi balik bagi acara IME dengan oBIKE," katanya kepada pemberita selepas majlis pemeteraian perjanjian perkongsian di sini hari ini.

Mengikut perjanjian berkenaan, oBike akan menyediakan perkhidmatannya bagi konsert-konsert anjuaran IME.

Ketua Pegawai Eksekutif IME Group Brian Chow berkata Obike juga akan menyediakan perkhidmatan semasa Malaysia Autoshow yang berlangsung empat hari di Malaysia Agro Exposition Park Serdang, bermula esok.....