EKONOMI › BERITA






Jotun Paints Sasar Pertumbuhan Kukuh Dalam Empat Segmen


Tarikh kemaskini: 08/11/2017


NILAI, 8 Nov (Bernama) -- Syarikat Norway, Jotun Paints (M) Sdn Bhd, menyasarkan untuk mencapai pertumbuhan satu angka yang kukuh dalam jualannya tahun depan, dalam semua empat segmen cat hiasan, serbuk, marin dan pelindung untuk pasaran Malaysia dan Singapura, daripada 1.6 bilion Norway krone (NOK) (1NOK = RM0.52), didorong oleh pertumbuhan dalam ekonomi tempatan.

Pengarah Urusan Jotun Malaysia dan Singapura, Eric Mallace, berkata kilang lapisan serbuk baharu bernilai RM60 juta di sini akan menyumbang kepada unjuran kenaikan harganya bagi merealisasikan sasaran dan meningkatkan bahagian pasaran kepada pertumbuhan satu angka tahun depan.

"Pelaburan penting ini, yang merupakan pelaburan tunggal terbesar dalam sejarah kilang serbuk Jotun di dunia, merupakan bukti keyakinan kami terhadap pertumbuhan ekonomi negara, termasuk komitmen jangka panjang kami di Malaysia," katanya kepada pemberita pada pembukaan Kilang Powder Jotun di sini hari ini.

Kilang baharu itu akan meningkatkan keupayaan pengeluaran syarikat dua kali ganda, yang penting dalam meningkatkan penguasaan pasarannya, katanya.

Turut hadir ialah Puteri Norway, Martha Louise, Pengerusi Jotun Odd Gleditsch dan Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Jotun Morten Fon.....