EKONOMI › BERITA






Asia Selatan, Afrika Diunjur Catat Pertumbuhan ATM Mengagumkan


Tarikh kemaskini: 08/11/2017

KUALA LUMPUR, 8 Nov (Bernama) -- Pasaran kecil yang pantas berkembang di Asia Selatan dan Afrika menunjukkan potensi pertumbuhan mengagumkan bagi mesin juruwang automatik (ATM), didorong oleh perkembangan pesat perkhidmatan perbankan dan ekonomi negara di rantau itu.

Dalam kenyataan hari ini, Retail Banking Research (RBR) berkata, bagaimanapun pasaran lebih matang dunia merekodkan pertumbuhan perlahan, manakala pasaran pesat membangun, seperti Myanmar, akan menyaksikan pertumbuhan pantas bagi tempoh lima tahun akan datang.

Ketua Penyelidikan RBR, Rowan Berridge berkata walaupun kebanyakan pasaran ATM utamaberkembang lebih perlahan atau susut bagi beberapa kes, namun negara yang lebih kecil dan membangun terus mempunyai potensi besar.

"Pasaran ini dicirikan oleh kepadatan rendah ATM kepada jumlah penduduk - kurang daripada 100 mesin bagi setiap juta penduduk - namun menikmati pertumbuhan pesat ekonomi dan mendapat manfaat daripada program dipacu negara untuk meningkatkan keterangkuman kewangan," katanya.

Beliau berkata, tunai akan kekal sangat penting dalam pasaran berkenaan dan prospek pertumbuhan penempatan ATM adalah sangat baik.....