EKONOMI › BERITA






Kadar Penembusan EEV Dijangka Meningkat Kepada 50 Peratus


Tarikh kemaskini: 08/11/2017

SERDANG, 8 Nov (Bernama) -- Kadar penembusan kenderaan cekap tenaga (EEV) di Malaysia dijangka meningkat kepada sehingga 50 peratus daripada jumlah keseluruhan industri (TIV) pada akhir tahun selepas mencecah 42.8 peratus tahun lepas.

Timbalan Menteri Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Datuk Ahmad Maslan berkata memandangkan industri kenderaan motor terus menjurus ke arah kenderaan dengan keupayaan auto dan separa auto, terdapat peluang untuk menambah baik lagi landskap pengangkutan awam sendiri Malaysia dengan penggunaan meluas EEV.

"Dasar Automotif Nasional (NAP) memberi penekanan kepada inisiatif hijau, dengan objektif utama menjadikan Malaysia sebagai hab EEV serantau menjelang 2020.

"Dasar EEV kita disesuaikan bagi memenuhi permintaan terhadap teknologi kenderaan pada masa depan, termasuk keperluan untuk melahirkan sumber manusia berkemahiran, pelaburan dalam teknologi dan mobiliti mampan," katanya selepas melancakan Simposium Automotif Antarabangsa Kuala Lumpur dan bengkel kerja 'Pengangkutan Bandar dan E-Mobiliti di Malaysia: Mobiliti Pintar ke arah EEV' di sini, hari ini.

Kadar penembusan EEV Malaysia, yang merujuk kepada peratusan EEV (kereta baharu) yang berdaftar atas jalan pada tahun tertentu mencecah 42.8 peratus daripada TIV, berjumlah 580,124 unit pada 2016.....