EKONOMI › BERITA






Perodua Sasar Jual 6,000 Kereta Myvi Baharu


Tarikh kemaskini: 08/11/2017


KUALA LUMPUR, 8 Nov (BERNAMA) -- Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) menyasarkan untuk menjual sebanyak 6,000 buah Myvi baharu dalam tempoh tiga bulan selepas pelancaran esok.

Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata model baharu itu akan berada di bilik pameran syarikat berkenaan di seluruh negara mulai esok.

"Ia berharga daripada RM44,300 sehingga RM55,300. Kami menjangka versi dengan warna-warna baharu seperti glittering silver, lava red, mystical purple dan peppermint greeen akan mewujudkan permintaan yang lebih tinggi daripada pengguna," katanya kepada pemberita selepas majlis pratonton tidak rasmi model baharu itu di sini hari ini.

Kereta Myvi baharu ini menampilkan Eco Idle dimana enjin akan ditutup secara automatik apabila kereta dihentikan dan dihidupkan kembali selepas pedal brek dilepaskan.

"Dengan aerodinamik yang lebih baik, angka penjimatan bahan api akan berada pada 20.1 km/l untuk 1.5 AT," katanya.....