EKONOMI › BERITA






Skim BizBina-i CG Bantu Pelanggan Mangsa Banjir


Tarikh kemaskini: 08/11/2017

KUALA LUMPUR, 8 Nov (Bernama) -- Credit Guarantee Corp Malaysia Bhd (CGC) akan menyediakan bantuan kewangan kepada pelanggannya yang terjejas akibat banjir baru-baru ini, dengan menawarkan 60 peratus jaminan ke atas pembiayaan yang diperoleh daripada mana-mana bank komersial, bank Islam dan institusi kewangan pembangunan yang dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia (BNM), menerusi skim BizBina-i.

BizBina-i ialah kemudahan pembiayaan langsung yang bermatlamat membantu pelanggan yang terjejas akibat bencana alam.

Dalam satu kenyataan di sini hari ini, Presiden/Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Mohd Zamree Mohd Ishak, berkata bank itu prihatin ke atas situasi berkenaan.

"Menerusi BizBina-i, kami berharap dapat meringankan beban yang dihadapi pelanggan kami," katanya.

CGC berkata perniagaan di bandar atau daerah yang dikategorikan sebagai 'kawasan bencana' oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara Jabatan Perdana Menteri, atau dianggap oleh CGC sendiri, layak memperoleh pembiayaan BizBina-i.....