EKONOMI › BERITA






Melaka Cadang Wajib Peserta TUBE Daftar SSM - Exco


Tarikh kemaskini: 07/10/2017

MELAKA, 7 Okt (Bernama) -- Melaka kini dalam proses perbincangan untuk mewajibkan peserta Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) agar berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi memantau perkembangan peserta program itu dengan kerjasama SME Corporation Malaysia (SME Corp).

Exco Pertanian dan Pembangunan Usahawan Melaka, Datuk Hasan Abdul Rahman berkata inisiatif itu diambil bertujuan bagi memastikan kumpulan tersebut memanfaatkan sepenuhnya bantuan kewangan yang diterima.

Katanya, langkah itu penting bagi memastikan bantuan yang diberikan mampu membantu para usahawan mengembangkan perniagaan mereka sekali gus menjadi penyumbang kepada kekuatan ekonomi negeri serta negara.

"Kita sedang mengumpulkan maklumat daripada semua agensi strategik termasuk SME Corp untuk membuat permohonan kepada SSM agar mewujudkan rangkaian TUBE bagi memudahkan proses pemantauan kepada golongan usahawan," katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Terdahulu, Hasan merasmikan program TUBE Mega 2017 yang berlangsung di Kem Program Latihan Khidmat Negara, Ayer Keroh, di sini yang turut dihadiri Ahli Perbadanan SME Corp Malaysia Agil Faisal Ahmad Fadzil.....