EKONOMI › BERITA






Lebih Ramai Akauntan Diperlukan Untuk Tingkat Celik Kewangan - Johari


Tarikh kemaskini: 07/10/2017

KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Sektor awam dan sektor swasta bekerjasama untuk melahirkan lebih ramai akauntan kerana ia akan membantu meningkatkan lagi tahap celik kewangan dalam kalangan rakyat, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

"Kami menyasar melahirkan 60,000 akauntan menjelang 2020 dan sekarang ini terdapat 33,000 akuantan profesional di Malaysia, yang mana 20,032 adalah akauntan bertauliah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Simposium Perakaunan Yayasan Peneraju 2017, di sini, hari ini.

Johari berkata, walaupun usaha Malaysia melahirkan lebih ramai akauntan profesional berjalan lancar tetapi lebih banyak masa diperlukan untuk mencapai sasaran tersebut.

Setakat ini, akauntan profesional Malaysia berjumlah 33,000, tinggi sedikit berbanding angka 2015, sebanyak 30,000 orang.

Yayasan Peneraju telah dipertanggungjawabkan melahirkan 1,000 akauntan profesional Bumiputera setiap tahun sejak 2015, sejajar dengan hasrat kerajaan untuk mencapai nisbah seorang akauntan menyediakan khidmat kepada 500 orang menjelang 2020.....