EKONOMI › BERITA






Wedge Holdings Meterai Perjanjian Lesen Dengan Freehand Co Ltd


Tarikh kemaskini: 14/09/2017

KUALA LUMPUR, 13 Sept (Bernama) -- Wedge Holdings Co. Ltd yang beribu pejabat di Tokyo, Jepun telah menandatangani satu perjanjian lesen dengan Freehand Co. Ltd untuk memperoleh hak menerbitkan terjemahan e-buku dalam bahasa Burma.

Menurut kenyataan Wedge Holdings Co. Ltd hari ini, syarikat itu juga bekerjasama dengan Bagan Innovation Technology iaitu syarikat yang dilaburkan oleh anak syarikat yang disatukan, Group Lease PCL akan mempromosikan penerbitan karya-karya manga popular di Myanmar.

"Freehand Co. Ltd yang merupakan rakan kontrak bagi kontrak ini adalah sebuah syarikat pengurusan hak cipta untuk manga Jepun yang mengendalikan kira-kira 1,000 tajuk buku elektronik hak cipta manga.

"Mulai sekarang, Wedge Holdings Co. Ltd dan Bagan Innovation Technology akan bekerjasama untuk menterjemah dan mengedit kesemua tajuk yang dikendalikan Freehand Co. Ltd. Penerbitan pertama akan diterbitkan Oktober ini,"menurut kenyataan itu.

Jelas kenyataan itu, Bagan Innovation Technology juga menyediakan suatu platform teknologi maklumat (IT) dengan lebih tujuh juta pengguna aktif di Myanmar serta lebih 700,000 pengguna e-buku.....