EKONOMI › BERITA






CGC Meterai MoU Sokong Subkontraktor Untuk Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak


Tarikh kemaskini: 13/08/2017

KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) -- Credit Guarantee Corporation Malaysia Bhd (CGC) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) yang melibatkan lima pihak untuk menyediakan jaminan kewangan kepada sub-kontraktor domestik yang layak menerusi skim i-Bizjamin, untuk Projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak.

MoU itu ditandatangani antara CGC, RHB Islamic Bank Bhd, SME Bank Bhd, Skim Jaminan Pinjaman Perniagaan (SJPP) dan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) di Kuching, Sarawak hari ini.

"Kami gembira untuk bekerjasama denganTERAJU, LBU, RHB Islamic, SME Bank, dan SJPP dalam projek pembangunan infrastruktur berskala besar ini. MoU itu sejajar dengan model perniagaan kami untuk membentuk perkongsian strategik bagi membantu PKS berpotensi dan berdaya maju dalam mendapatkan pembiayaan daripada institusi kewangan atau menerusi pinjaman langsung daripada CGC," kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif CGC, Datuk Mohd Zamree Mohd Ishak selepas majlis menandatangani MoU terbabit.

Turut hadir pada majlis itu ialah wakil Lebuhraya Borneo Utara Sdn Bhd (LBU), Rakan Pelaksana Projek (PDP) bagi pembangunan dan menaik taraf projek Lebuhraya Pan Borneo.

CGC menyediakan jaminan kepada Usahawan Kecil dan Sederhana (PKS) yang melibatkan diri dalam perniagaan berpotensi dan berdaya maju, namun tidak mempunyai cagaran dan rekod prestasi untuk memperoleh pembiayaan.....