EKONOMI › BERITA






RAM Ratings Unjur Inflasi Jun Susut Kepada 3.7 Peratus


Tarikh kemaskini: 17/07/2017

KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- RAM Rating Services Bhd (RAM Ratings) menjangka inflasi di Malaysia menyusut kepada 3.7 peratus pada Jun 2017 berbanding 3.9 peratus pada Mei, berikutan penurunan tekanan inflasi bahan api.

Semakan menurun harga petrol RON95 yang dilakukan setiap minggu sepanjang Jun, telah menyebabkan harga purata jatuh ke paras terendah dalam lima bulan kepada RM2.00/liter berbanding RM2.09/liter pada Mei.

Ini telah mengurangkan sumbangan sektor pengangkutan kepada inflasi.

Sebaliknya, menurut agensi penarafan itu dalam satu kenyataan hari ini, harga makanan telah mencatatkan kadar peningkatan lebih ketara kerana permintaan bertambah menjelang Ramadan dan Aidilfitri telah menambah tekanan harga.

Bagaimanapun, dengan penguatkuasaan kawalan harga pada musim perayaan, kadar kenaikan harga makanan pada Jun, tidak mungkin meningkat lebih banyak daripada 4.4 peratus pada Mei.....