EKONOMI › BERITA






iProperty.com Lancar Aplikasi Mudah Alih Bagi Perbandingan Harga Pasaran


Tarikh kemaskini: 19/06/2017

KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- Pemilik rumah pada masa hadapan akan dapat membandingkan harga hartanah di pasaran dengan lebih mudah melalui aplikasi mudah alih iProperty.com.

Ketua Pegawai Eksekutif iProperty.com di Malaysia dan Singapura, Haresh Khoobchandani berkata aplikasi mudah alih itu menyediakan platform carian gabungan, memberi pengalaman pengguna yang lancar dan akses ke sub jualan dan pembangunan baru dalam satu carian kepada para pembeli dan pelabur hartanah.

"Aplikasi itu membolehkan pembeli mendapat gambaran yang lebih jelas dan membuat pilihan yang lebih baik semasa mencari rumah impian," katanya semasa pelancaran aplikasi tersebut di sini hari ini.

Beliau berkata aplikasi tesebut akan turut memasukkan informasi berkenaan harga transaksi terkini, purata hasil sewa, harga purata sekaki persegi dan aliran permintaan bagi hartanah sub jualan dengan kerjasama Brickz.my.

Aplikasi iProperty.com kini boleh dimuat turun menerusi daripada Apple App Store dan Google Play Store.

--BERNAMA