EKONOMI › BERITA






Kongres FIATA Sedunia Di KL Mampu Beri Impak Ekonomi RM10 Juta

KUALA LUMPUR, 18 April (Bernama) -- Penganjuran acara Kongres Persekutuan Persatuan Penghantar Kargo (FIATA) Sedunia kali ke-56 pada Oktober ini dijangka menarik seramai 1,200 delegasi selain memberi impak ekonomi kira-kira RM10 juta.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata kongres yang akan diadakan di Kuala Lumpur Convention Centre pada 4-8 Oktober ini, turut menjadi platform terbaik untuk komuniti logistik global mengetahui usaha kerajaan menyokong serta menambahbaik kemampuan industri itu di Malaysia.

"Acara ini turut menjadi kesempatan terbaik untuk membolehkan Malaysia mencapai sasaran sebagai pintu masuk logistik pilihan ke Asia.....