EKONOMI › BERITA






MPC Bantu Pertingkat Pelaksanaan Amalan Kawal Selia Yang Baik

KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) -- Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), badan berkanun di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri hari ini mengendalikan satu sesi perbincangan yang berjaya dengan penyelaras kawal selia berkenaan Pelaksanaan Amalan Kawal Selia Baik (GRP).

Matlamat sesi tersebut adalah untuk meningkatkan pemahaman tentang penyelaras kawal selia, mengemas kini dan memberi maklum balas mengenai status pelaksanaan GRP di peringkat kementerian dan agensi, serta mendapatkan maklum balas terhadap isu-isu dan cabaran yang dihadapi oleh kementerian dan agensi semasa pelaksanaannya," kata perbadanan itu dalam satu kenyataan hari ini.

Pekeliling Dasar Negara bagi Pembangunan dan Pelaksanaan Peraturan yang dikeluarkan pada 15 Julai 2013 mengkehendaki semua kementerian persekutuan dan agensi untuk melaksanakan GRP dan analisis impak kawal selia yang baik dalam membangunkan peraturan-peraturan baharu dan yang dipinda", kata Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri J. Jayasiri dalam ucapan penutup beliau pada sesi tersebut.....