EKONOMI › BERITA






Bursa Malaysia Mahu Dapatkan Maklum Balas Awam Kajian Semula Penyenaraian

KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia mengeluarkan kertas perundingan hari ini, untuk mendapatkan maklum balas awam mengenai cadangan kajian semula Keperluan Penyenaraian bagi ACE dan Pasaran Utama.

Cadangan kajian semula itu adalah berikutan dengan Akta Syarikat 2016 yang berkuat kuasa pada 31 Jan, 2017.

Ia bertujuan memudahkan penerbit tersenarai beroperasi dengan cekap dalam rejim tanpa nilai tara, dan mengukuhkan hak dan perlindungan pemegang saham, kata Bursa Malaysia dalam satu kenyataan hari ini.....