EKONOMI › BERITA






Airbus Unjur Pesawat Meningkat Kepada 15,000 Di Asia Pasifik

KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) -- Pengeluar pesawat berpangkalan di Perancis, Airbus, mengunjurkan kumpulan pesawat di Asia Pasifik meningkat kepada lebih 15,000 daripada 6,000 ketika ini dalam tempoh 20 tahun akan datang.

Bercakap pada taklimat media hari ini, Presiden Airbus Group Asia-Pasifik, Pierre Jaffre berkata permintaan di rantau ini berkembang kepada 5.5 peratus, setahun.

Malaysia, pasaran ketiga terbesar Airbus di rantau ini selepas China dan India, akan menjadi sebahagian daripada pertumbuhan kukuh itu dengan peningkatan permintaan terhadap pesawat, katanya.....