EKONOMI › BERITA






Pengeluaran MSM Dunia Dijangka Meningkat 11 Peratus Pada 2017

KUALA LUMPUR, 7 Mac (Bernama) -- Pengeluaran minyak sawit mentah (MSM) dunia dijangka meningkat 11 peratus kepada 65 juta tan pada 2017 berbanding 58.3 juta tan pada tahun lepas berikutan cuaca yang hampir sempurna di kawasan penanaman utama yang membantu meningkatkan hasil tanaman, kata seorang pakar industri.

Pengarah Bebas Kanan IJM Plantations Bhd, M.R. Chandran berkata Indonesia mungkin menghasilkan 34.8 juta tan komoditi tersebut tahun ini berbanding 31.8 juta tan pada tahun lepas, manakala Malaysia berkemungkinan mengeluarkan 20 juta tan berbanding 17.3 juta tan metrik pada tahun lepas.

"Jumlah hujan mencukupi bagi meningkatkan produktiviti di seluruh Malaysia dan Indonesia," katanya pada Persidangan dan Pameran Minyak Sawit dan Laurik 2017, di sini hari ini.....